Bangsaku yatim piatu tiada bahasa ibunda
untuk mengungkap ilmu
bangsaku tertunduk layu
di atas tanah pusaka
tanpa segan dan silu
bermadah bahasa penjajah
bahasa yang merasuk fikiran
menjanjikan
kemasyhuran
sedang bahasa ibunda
mereput di tanah
pusaka
tanah peninggalan bangsaku
bangsa Melayu
MOHD SYAWALFITRI MOHD FAUZI
Kota Bharu, Kelantan










