KUALA LUMPUR 18 Ogos – Selepas dua tahun menderita akibat kanser ovari, penyanyi yang pernah masyhur sekitar 1990-an, Azreen Manan menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya pukul 1.06 tengahari tadi. Sejak beberapa hari lalu media melaporkan keadaan Azreen sangat kritikal berikutan beberapa organ gagal berfungsi. Menurut ibu Allahyarham Azreen yang dikenali sebagai Zawani, jenazah anaknya itu akan dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit…










