TALLINN, Estonia – Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo menegaskan sasaran utama pasukan itu musim ini ialah final Liga Juara-Juara selepas berjaya merangkul gelaran Piala Super Eropah awal pagi semalam. Dua jaringan Diego Costa dan satu daripada Saul Niguez serta Koke membolehkan Los Rojiblancos, juara bertahan Liga Europa, menewaskan pemenang tiga edisi Liga Juara-Juara berturut-turut, Real Madrid 4-2 pada aksi di Arena A. Le Coq. Ia merupakan gelaran Piala Super Eropah…










