Arul Kanda ditawar letak jawatan pada 2016 - Utusan Malaysia

Arul Kanda ditawar letak jawatan pada 2016

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy telah ditawarkan untuk meletak jawatan pada Mac 2016, selepas rangka kerja proses rasionalsasi syarikat itu disiapkan.

Peguam kepada Arul Kanda, Datuk N. Sivananthan berkata, lembaga pengarah dan pemegang 1MDB juga bersetuju dengan keputusan itu.

“Walau bagaimanapun, disebabkan pertikaian undang-undang dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) pada April 2016, beliau telah diminta untuk terus kekal dan mematuhi terma asal kontrak pekerjaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Sivananthan, pada Disember 2017, iaitu bulan terakhir Arul Kanda dalam jawatan tersebut berdasarkan kontrak, anak guamnya diminta pula mempertimbangkan sambungan selama setahun.

Katanya, selepas beberapa perbincangan, Arul Kanda bersetuju sambungan selama hanya enam bulan sahaja.

“Antara lainnya, terma kontrak termasuklah bayaran `ex-gratia’ mengikut budi bicara yang telah diluluskan oleh lambaga pengarah dan pemegang saham 1MDB,” jelas beliau.

Sivananthan menegaskan, dalam tempoh itu Arul Kanda telah berperanan sebagai Presiden 1MDB dan terikat dengan kontrak untuk membuat keputusan, menentukan hala tuju serta memberi arahan kepada ahli lembaga pengarah dan pemegang saham yang harus berdepan dengan situasi hutang kritikal sedia ada 1MDB.

Kenyataan Sivananthan ini dipercayai bagi menjawab kepada isu pakej gaji RM5 juta diterima oleh Arul ketika berkhidmat dengan 1MDB sebagaiamana didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng minggu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN