KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan empat bot asing iaitu satu bot nelayan Vietnam dan tiga bot tangki minyak Thailand yang disyaki menceroboh perairan Kemaman dekat sini baru-baru ini. Kesemua bot asing itu berjaya ditahan dalam operasi khas yang diadakan selama dua hari pada Isnin dan Selasa lalu. Pengarah Maritim Kemaman, Muhammad Rezal Kamal Bashah berkata, bot tangki Thailand pertama dan kedua masing-masing berjaya ditahan pada kedudukan 167.1 dan…










