PUTRAJAYA 30 Ogos – Program Malaysia #QuranHour yang dianjurkan serentak di seluruh negara hari ini wajar diadakan lebih kerap bagi menggalakkan generasi muda mendekati al-Quran dan memahami pengajaran yang terkandung di dalamnya. Ketua Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 16(1), Mior Adha Najmi Mior Akram, 17, berkata, intipati program tersebut memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya tentang penceritaan yang terkandung di dalam al-Quran. “Program ini berupaya menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa kami untuk membaca dan menghayati maksud ayat dalam al-Quran, sekali gus mendidik kami menjadi insan berguna,” katanya kepada Utusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya