SETIAP ibu mempunyai percaturan yang terbaik dalam cara mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Hal sama turut dilakukan oleh pelakon jelita, Datin Diana Danielle. Sebagai isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil serta ibu kepada Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 2, pelakon filem Magika itu mengakui berdepan cabaran apabila membesarkan anak lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia yang semakin pesat dengan penggunaan media sosial. Bertemu dengan Diana ketika Majlis Pelancaran Filem Gol &…










