Alisson selesa berada di Liverpool - Utusan Malaysia

Alisson selesa berada di Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Ogos – Alisson yang merupakan penjaga gawang termahal dalam sejarah bola sepak dunia mengakui selesa berada di Liverpool.

Penjaga gol Brazil itu menyertai The Reds daripada Roma dengan nilai perpindahan sebanyak 67 juta pound (RM355.5 juta).

Liverpool dilihat bergelut untuk mendapatkan aksi cemerlang dalam saingan musim lalu selepas kedua-dua penjaga gawang mereka iaitu Loris Karius dan Simon mignolet kerap melakukan kesilapan.

Pasukan itu akhirnya berjaya menyelesaikan masalah itu dengan membawa masuk Alisson, penjaga gawang berkelas dunia.

“Keadaan di sini sangat menyenangkan.

“Saya semakin selesa di sini terutama selepas beberapa hari berehat bersama keluarga tetapi kami semua tidak sabar untuk memulakan aksi musim baharu.

“Walaupun masih baru di sini tetapi saya rasa seperti berada di rumah,” kata Alisson.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN