BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde percaya penyokong-penyokong pasukan itu cukup bertuah untuk menyaksikan ‘magis’ Lionel Messi ketika menewaskan Alaves 3-0 pada aksi La Liga awal pagi semalam. Pada perlawanan yang berlangsung di Camp Nou itu, Messi membuktikan dia berhak digelar sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman apabila meledak dua gol buat skuad The Catalans. Valverde memuji sumbangan yang diberikan pemain antarabangsa Argentina itu apabila banyak membantu pasukan dengan melakukan…