Kertas siasatan kes pemerasan, cabul babit tiga anggota polis dirujuk TPR

Kertas siasatan kes pemerasan, cabul babit tiga anggota polis dirujuk TPR

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Siasatan kes pemerasan dan cabul membabitkan tiga anggota polis sudah dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada pejabat TPR.

Katanya, siasatan tatatertib ke atas anggota terbabit dijalankan selari dengan siasatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan anggota terbabit masih bertugas tetapi tiada tugasan di lapangan.

“Sekiranya mendapat arahan untuk tuduh, ketiga-tiga anggota terbabit akan ditahan kerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Fadil berkata, pihaknya mencadangkan supaya ketiga-tiga anggota terbabit dituduh mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Selain tindakan dalaman serta tambahan Seksyen 354 Kanun Keseksaan buat suspek pertama sahaja,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pemerasan dan cabul membabitkan pelajar wanita dalam kejadian di Sentul Pasar, dekat sini pada 17 September lalu.

Sebelum itu, tular laporan mendakwa pelajar perempuan bersama teman lelakinya ditahan kumpulan anggota polis ketika berada di Jalan Sentul Pasar.

Pelajar itu mendakwa diperas dengan bayaran RM10,000, selain dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan salah seorang anggota dan dicabul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN