Rogers yakin Kane mampu atasi Haaland

Rogers yakin Kane mampu atasi Haaland

Morgan Rogers
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: Pemain tengah England, Morgan Rogers percaya kaptennya, Harry Kane mampu menyaingi Erling Haaland apabila kedua-dua peledak gol itu bertemu dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2026, Sabtu ini.

Pertarungan antara England dan Norway itu dijangka menjadi tumpuan apabila dua bintang utama tersebut bersaing bukan sahaja untuk membawa pasukan masing-masing mara, malah dalam perebutan Kasut Emas kejohanan.

Kane dan Haaland kini berada dalam kelompok teratas carta penjaring terbanyak Piala Dunia bersama bintang Argentina, Lionel Messi serta penyerang Perancis, Kylian Mbappe.

Rogers mengakui Haaland merupakan antara penyerang paling sukar dikawal selepas meledak tujuh gol setakat ini.

“Adakah sesiapa pernah benar-benar menghentikan Erling Haaland? Saya tidak pasti ada, tetapi kami akan cuba.

“Dia seorang pemain yang luar biasa. Apa yang dia lakukan, jumlah gol yang dijaringkannya, membuatkan anda benar-benar kagum dengan betapa hebatnya dia dan tahap permainan yang dimilikinya,” kata Rogers.

Haaland hadir ke perlawanan itu dengan rekod mengagumkan apabila menjaringkan gol dalam setiap 14 aksi kompetitif terakhir bersama Norway, dengan keseluruhan 27 gol berjaya direkodkan.

Situasi itu pastinya menjadi cabaran besar buat pertahanan England yang dilihat masih belum berada pada tahap terbaik sepanjang kejohanan.

Bagaimanapun, Rogers percaya Kane mempunyai kemampuan untuk muncul sebagai pemenang dalam persaingan antara dua penyerang terbaik dunia ketika ini.

“Bagi saya, mereka berdua berada di tahap terbaik dalam kejohanan ini dan merupakan dua pemain terbaik,” katanya.

“Ia satu tontonan hebat untuk para penyokong dan pasti menarik untuk melihat siapa yang akan muncul sebagai pemenang.

“Saya harap Harry yang akan menang, dan saya yakin dia akan berjaya. Kami semua mempunyai keyakinan terhadapnya. Dia bermain pada tahap yang mungkin merupakan tahap terbaik sepanjang kariernya, sesuatu yang luar biasa memandangkan apa yang telah dilakukannya selama bertahun-tahun,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN