Ahli Airsia Big nikmati lebih banyak ganjaran menerusi laman web, aplikasi - Utusan Malaysia

Ahli Airsia Big nikmati lebih banyak ganjaran menerusi laman web, aplikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kalangan ahli AirAsia Big akan menikmati lebih banyak ganjaran termasuk diskaun segera jika mereka membuat tempahan penerbangan menerusi laman web airasia.com atau aplikasi AirAsia.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata, ganjaran perjalanan eksklusif itu termasuk diskaun segera ahli bagi semua penerbangan, pembayaran penerbangan dan tambahan lain seperti tempat duduk, makanan dan pemeriksaan bagasi dengan menggunakan mata AirAsia Big selain kemampuan menguruskan penerbangan menerusi “My Bookings”.

Menurut syarikat itu, ahlinya juga dapat menggunakan ciri ‘Low-Fare Finder’ bagi mendapatkan tambang pada harga paling rendah dan mengelak daripada keperluan memasukkan semula butiran kad (kredit atau debit) bagi setiap pembayaran.

Ini berikutan kemudahan ciri ‘BigClick’ yang membolehkan semua ahli menyimpan butiran kad kredit atau kad debit mereka secara selamat.

Maklumat terkini AirAsia boleh diperolehi di twitter rasmi AirAsia twitter.com/AirAsia serta facebook.com/AirAsia. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN