PUTRAJAYA 7 Ogos – Selepas dipenjara selama setahun dan dibebaskan pada November 2016, pelantun lagu Petua dan Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar, 33, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya menantikan detik pembebasan bapanya, Datuk Adzhar Sulaiman pada awal tahun depan. Pernah disabitkan atas kesalahan pengubahan wang haram, Adzrin atau Noradzrin Adzhar turut memberitahu bahawa kakaknya, Noradzma telah pun dibebaskan pada tahun lalu. “Sudah lama kami sekeluarga menantikan detik dan waktu ini. Insya-Allah, tak…










