PASIR MAS 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri ini yang berlangsung di Stadium Mini Pasir Mas, di sini hari ini berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 rakyat Kelantan bagi menunjukkan solidariti, perpaduan serta semangat patriotik kepada negara. Walaupun program bermula pukul 8.30 pagi, rata-rata pengunjung sudah membanjiri kawasan stadium tersebut sejak pukul 7.30 pagi. Perasmian sambutan bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Yang turut hadir,…