IPOH 31 Ogos – Lebih 5,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri yang diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh di sini hari ini. Kemeriahan acara yang berlangsung pada pukul 8 malam itu lebih terasa dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal dan barisan exco…