46 pekerja bank, ahli perniagaan Vietnam terlibat rasuah - Utusan Malaysia

46 pekerja bank, ahli perniagaan Vietnam terlibat rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 6 Ogos – Mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman penjara terhadap 46 bekas pekerja bank dan ahli perniagaan yang terbabit dengan rasuah bernilai jutaan dolar.

Mereka dikatakan menyebabkan kerugian sebanyak AS$257 juta (RM1 bilion) menerusi skim pinjaman melibatkan Bank Pembinaan Vietnam (VNCB).

Bekas pengerusi VNCB, Pham Cong Danh didapati bersalah terlibat dengan skim berkenaan yang membabitkan antara VNCB, bank bersekutu lain dan 29 syarikat swasta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat-syarikat tersebut bagaimanapun gagal membayar pinjaman itu dan VNCB akhirnya dijual kepada bank pusat harga AS$0 pada 2015. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×