KUALA LUMPUR – Penduduk di kawasan bandar perlu mengubah gaya hidup dan pengambilan makanan mereka berikutan statistik klinik-klinik kesihatan kerajaan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan terdapat 33,000 pesakit diabetes di kawasan itu, kata Ahli Lembaga Diabetes Malaysia, Dr S Inthirani. Tanpa memberikan butiran terperinci, bekas pegawai perubatan klinik kesihatan cawangan Jinjang itu berkata tabiat pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan obesiti dan boleh menyebabkan golongan muda juga menghidapi diabetes.…










