SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini melepaskan kira-kira 30 buah kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, langkah tersebut sebagai tanda warga IPD Shah Alam mempamerkan semangat cintakan negara bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku. Katanya, kenderaan tersebut adalah daripada pelbagai…










