3 lagi pertuduhan ke atas Najib - Utusan Malaysia

3 lagi pertuduhan ke atas Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. di­jangka didakwa di mahkamah hari ini atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Satu sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi tiga pertuduhan tambahan membabitkan dana SRC International.

Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembia­yaan Kega­nasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Memuatkan artikel berkaitan…

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau ke­dua-duanya, jika sabit kesa­lahan. Kes tersebut dijadual didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 9, Hakim Azura Alwi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×