KUALA TERENGGANU 31 Ogos – Seramai 22 ‘permata merdeka’ selamat dilahirkan di beberapa hospital di negeri ini bermula dari pukul 12.01 tengah malam tadi. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd.Jusoh berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini mencatatkan jumlah tertinggi dengan 12 bayi yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima perempuan. Katanya, di Hospital Kemaman pula seramai empat bayi dilahirkan manakala masing-masing tiga bayi…










