1MDB: Goldman 
Sach kini disiasat - Utusan Malaysia

1MDB: Goldman 
Sach kini disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 8 Ogos – Pendakwa Raya Persekutuan di Brooklyn kini sedang menyiasat pembabitan firma Goldman Sach berhubung kehilangan AS$4 bilion (RM16.2 bilion) daripada pelaburan 1MDB.

Beberapa pendakwa raya di negara ini percaya sekumpulan individu yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuri dana pelaburan itu untuk membeli lukisan, kapal mewah, hartanah malah melabur dalam pembikinan filem bertajuk The Wolf of Wall Street.

Goldman dikatakan bertindak sebagai pengatur pelaburan termasuk membantu menjual bon bernilai bilion dolar kepada pelabur dan bank itu dikatakan memperoleh yuran kira-kira AS$600 juta (RM2.4 bilion) daripada kerja-kerja yang dilakukan.

Pihak berkuasa kini menyiasat sama ada firma itu memainkan peranan dalam kes rasuah 1MDB atau melakukan lebih daripada itu bagi melindungi dana yang telah diselewengkan, lapor portal New York Times.

Firma itu sebelum ini cuba mengelak dikaitkan dalam skandal 1MDB dengan menyatakan ia tidak tahu menahu kemana wang dana itu dibelanjakan malah memberitahu sedang bekerjasama membantu siasatan berkenaan.

“Goldman Sach tidak menge­tahui sama ada perolehan dana hasil bantuan kami untuk 1MDB mungkin telah digunakan untuk tujuan lain,’’ kata jurucakap Goldman, Michael DuVally.

Siasatan itu adalah salah satu usaha besar oleh kerajaan pimpinan Presiden Donald Trump untuk menjejaki firma terkemuka di Wall Street itu.

Sejak krisis kewangan tersebut, prestij dan keuntungan Goldman menjadi sasaran pihak pendakwa raya dan kes 1MDB telah menarik minat pihak berkuasa di AS dan beberapa negara lain.

Awal tahun ini, pertuduhan telah dirangka oleh pihak pendakwa raya Los Angeles terhadap Goldman Sach berhubung pembabitannya dalam kes 1MDB namun tidak difailkan ekoran pertikaian dalam Jabatan Kehakiman di negara ini.

Namun pihak pendakwa raya Brooklyn kini mempertimbangkan untuk mengemukakan pertuduhan jenayah terhadap bekas juru bank pelaburan Goldman Sach, Tim Leissner yang mempunyai hubungan rapat dengan 1MDB.

Mereka berharap melalui usaha itu akan mendorong Leissner untuk bekerjasama dan memberi lebih banyak maklumat terhadap peranan keseluruhan Goldman dan pihak lain dalam firma di Wall Street itu.

Pada masa ini siasatan hanya tertumpu kepada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Sejak memulakan siasatan pada hujung 2016, pihak pendakwa raya Brooklyn memberi tumpuan sama ada Goldman dan beberapa institusi kewangan lain telah melakukan usaha untuk menghalang penipuan tersebut dan kini hanya tertumpu kepada Goldman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN