1MDB dakwa kapal mewah Equanimity milik Malaysia - Utusan Malaysia

1MDB dakwa kapal mewah Equanimity milik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Kapal mewah Equanimity yang selamat berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang di sini semalam tidak boleh digerakkan tanpa arahan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur.

SITPAH
SITPAH

Wakil pasukan peguam yang mewakili syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), S. Sitpah (gambar) bagaimanapun berkata, tempoh masa untuk kapal itu berlabuh di terminal tersebut tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada siasatan.

Beliau berkata, permohonan waran bagi penahanan kapal mewah itu dibuat oleh empat pihak iaitu 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Global Investment dan kerajaan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Waran penahanan itu dibuat berikutan 1MDB mendakwa kapal Equanimity tersebut milik syarikat itu. Syarikat tersebut mendakwa bahawa wang milik 1MDB telah disalahgunakan untuk membeli kapal ber­kenaan,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan ke atas kapal tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×