PULAU PINANG 18 Ogos – Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) perlu mematuhi empat aspek penting yang menjadi pedoman mereka pada masa hadapan. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, aspek utama adalah tahap profesionalisme yang merupakan sifat terpenting sebagai pegawai tentera yang perlu sentiasa kompeten dan bekerja kuat serta penuh tekad pada sepanjang masa. Pada masa sama titah baginda, pegawai kadet…










