16 pekerja ladang asing maut dalam dua kemalangan jalan raya di Itali - Utusan Malaysia

16 pekerja ladang asing maut dalam dua kemalangan jalan raya di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 7 Ogos – Sebanyak 16 orang pekerja ladang warga asing maut dalam dua kemalangan berasingan pada tempoh 48 jam di selatan Itali, memaksa kerajaan, semalam bertindak balas terhadap isu pemetik tomato semasa musim menuai ketika ini.

Kedua-dua kemalangan itu berlaku dekat bandar Foggia di wilayah Puglia dengan 12 orang bukan warga Eropah terbunuh dalam kemalangan, semalam.

Media Itali melaporkan, nahas berlaku ketika pekerja ladang dibawa pulang ke kediaman sementara mereka selepas seharian bekerja sebelum van dinaiki bertembung dengan sebuah lori membawa tomato.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sabtu lalu, empat pekerja ladang dari Afrika maut manakala empat lagi parah dalam satu lagi kemalangan dengan trak membawa tomato. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×