11 remaja disyaki merogol ditahan - Utusan Malaysia

11 remaja disyaki merogol ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Seramai 11 remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Kesemua suspek yang masih bersekolah disyaki me­lakukan perbuatan durjana itu di rumah datuk mangsa yang juga kenalan mereka sejak hujung tahun lalu termasuk secara bergilir-gilir.

Kegiatan itu terbongkar selepas mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini oleh gurunya pada Selasa lalu selepas mengaku pernah melakukan hubungan seks de­ngan ramai lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya menjalankan Op Remaja bagi menangkap kesemua suspek dengan empat daripada mereka dicekup di sekolah manakala selebihnya di rumah masing-masing.

“Mangsa yang berusia 13 tahun mengaku telah melakukan hubungan seks bersama kira-kira 10 rakan lelakinya lebih daripada 20 kali.

“Pelajar perempuan itu yang tinggal bersama datuk dan neneknya juga mengaku telah membuat rakaman vi­deo semasa melakukan hubungan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini