100,000 kambing Thailand dibawa ke Malaysia bagi atasi sekatan Australia - Utusan Malaysia

100,000 kambing Thailand dibawa ke Malaysia bagi atasi sekatan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Sebanyak 100,000 kambing dari Thailand akan dibawa masuk ke Malaysia tahun ini melalui prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan penyembelihan termasuk sempena perayaan Aidiladha akan datang.

Tujuan pengimportan haiwan tersebut turut dilakukan sebagai usaha untuk memastikan permintaan haiwan itu dapat diagihkan pembeliannya seperti biasa memandangkan Australia telah mengenakan sekatan selama enam minggu beberapa minggu lalu sehingga ke tarikh perayaan tersebut.

Timbalan Pengerusi Kelab Generasi Tranformasi Ruminan (GTR), Nordin Mat berkata, haiwan itu sememangnya mendapat permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi apabila menjelang musim perayaan.

“Sehubungan itu, Kelab GTR melalui Syarikat N&A Wawasan telah ke Thailand dan membawa masuk sekurang-kurangnya 2,000 kambing sebagai alternatif sekali gus menjadikan ia sebagai sumber baharu untuk negara ini.

Sebanyak 2,000 kambing Thailand hari ini dibawa masuk ke Malaysia menerusi protokol penyembelihan
Sebanyak 2,000 kambing Thailand hari ini dibawa masuk ke Malaysia menerusi protokol penyembelihan

“Namun demikian, apa yang lebih penting kali ini adalah kemasukan kambing tersebut mengikuti proses dan protokol penyembelihan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Ujar Nordin lagi, secara purata, sebanyak 100,000 kambing Thailand akan dibawa masuk ke Malaysia setiap tahun dan dia bersyukur kerana kemasukan kambing ini lulus mengikuti protokol sebagai persediaan untuk jangka masa panjang.

“Apa yang boleh saya kongsikan, ini adalah kumpulan pertama ternakan kambing dari Thailand melalui protokol sembelihan dan selepas ini, aka nada beberapa trip lagi yang akan menyusul.

“Kesemua kambing ini akan dikuarantin selama 10 hari di kandang syarikat Ternakan N&A Wawasan yang berlokasi Kulim, Kedah sebelum diedarkan untuk jualan Hari Raya Aidiladha beberapa minggu lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN