SEREMBAN 31 Ogos – Lebih 10,000 orang menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di Dataran Majlis Perbandaran Seremban (MPS), dekat sini hari ini. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dengan diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud telah berangkat menyaksikan sambutan berkenaan. Yang turut hadir, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; Tengku Besar…










