Zeti enggan ulas dakwaan Najib - Utusan Malaysia

Zeti enggan ulas dakwaan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz enggan mengulas lanjut dakwaan beliau mengetahui mengenai kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang ditemui di Menara Ilham di sini berkata, perkara tersebut akan diketahui juga oleh para pemberita dalam masa terdekat.

“Saya tidak mahu komen sekarang sebab lambat-laun kamu (pemberita) akan mendapat komen (mengenai isu tersebut). Kamu akan mengetahuinya nanti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan, hari ini.

Semalam, Najib dalam wawancara eksklusif dengan portal Malaysiakini mendakwa Zeti ketika menjadi Gabenor Bank Negara menyedari mengenai RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), tetapi tidak mempersoalkan perkara tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN