KUALA LUMPUR 18 Julai – Yayasan CIMB menyokong inisiatif ‘hijau’ menerusi projek Zero Waste & Urban Farm yang memfokuskan usaha kitar semula makanan organik ke dalam bentuk kompos yang boleh dimanfaatkan untuk sektor pertanian. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata, pihaknya berbesar hati menyokong projek pembangunan pertanian bandar yang selari dengan hasrat yayasan berkenaan. Jelasnya, projek berkenaan dibiayai pihaknya menerusi program Community Link dengan kerjasama Axile Consulting…










