TNG eWallet memperluas akses kepada ASM 3

TNG eWallet memperluas akses kepada ASM 3

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TNG Digital Sdn. Bhd. (TNG Digital), pengendali TNG eWallet memperluas akses kepada Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) sebagai salah satu ejen digital Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

TNG Digital berkata, inisiatif ini membolehkan pengguna mengakses peruntukan ASM 3 khusus untuk pengguna baharu.

Katanya, kerjasama ini memudahkan pelabur kali pertama memulakan perjalanan pelaburan mereka menerusi GOfinance dalam TNG eWallet, membolehkan mereka boleh mengakses dana ASNB secara mudah dan ringkas bermula serendah RM10.

“GOfinance direka sebagai hab perkhidmatan kewangan untuk semua rakyat Malaysia, khususnya golongan pemula. Pengguna ASNB baharu boleh mendaftar akaun ASNB dan mula melabur terus melalui TNG eWallet.

“Mereka kemudiannya boleh mengurus dan memantau pelaburan dengan mudah melalui ciri-ciri seperti akses kepada maklumat akaun ASNB sedia ada, akses kepada butiran akaun ASNB Bijak (tanggungan) dan langganan dana baharu.

“Selain itu, pengguna juga boleh membuat pelaburan dalam dana sedia ada dan penetapan pelaburan berulang automatik secara mingguan atau bulanan melalui Auto Labur,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mula melabur, pengguna ASNB baharu akan menerima pulangan tunai terjamin sebanyak RM3 apabila melanggan minimum RM100 dalam ASM 3 melalui satu transaksi sepanjang tempoh kempen.

Tambahnya, tempoh kempen ini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025 dan langganan ASM 3 melalui TNG eWallet dihadkan kepada RM1,000 bagi setiap pengguna bagi kempen tersebut.

“ASNB telah memperuntukkan dana eksklusif berjumlah RM118 juta dalam ASM 3 untuk pelabur baharu.

“ASM 3 merupakan dana harga tetap yang mempunyai daya tarikan jangka panjang dan ketersediaan unit adalah terhad berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Unlock ASM 3 dan ganjaran pulangan tunai melalui TNG eWallet, orang ramai boleh melayari https://h5-web.tngdigital.com.my/promotions/details.html?promo=asnb-unlock-asm-3-and-earn-cashback. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×