Yang di-Pertuan Agong berkenan hadir Istiadat Sambutan Hari Pahlawan - Utusan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong berkenan hadir Istiadat Sambutan Hari Pahlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara di sini.

Ketibaan baginda pada pukul 10.38 pagi diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sebaik tiba, Seri Paduka Baginda memeriksa kawalan kehormat utama terdiri daripada anggota Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Janius Abdiah Shahputra Janny.

Perbarisan turut disertai dengan 21 das tembakan meriam kehormatan yang disempurnakan oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Altileri Diraja diketuai Mejar Mohd. Asri Che Wil.

Istiadat perbarisan pada pagi ini adalah gabungan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Veteran ATM dan Pesara PDRM yang terdiri daripada 6 detasmen dengan kekuatan seramai 46 pegawai serta 823 Anggota Lain-lain Pangkat.

Sambutan Hari Pahlawan merupakan satu hari khas yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebagai tanda mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban dalam usaha mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN