ASSALAMUALAIKUM warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan rakyat, ahli-ahli Dewan Negara dan ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian. Alhamdulillah, beta merafak kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya memungkinkan beta pada hari ini hadir dalam istiadat pembukaan Penggal Pertama, Parlimen ke-14. Mesyuarat kali ini telah melakar satu sejarah tersendiri kerana istiadat pembukaan penggal Parlimen diadakan dua kali dalam tahun yang sama dan…










