SEOUL 11 Julai – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan wujud bukti jelas berhubung ‘keperluan bantuan kemanusiaan’ di Korea Utara. Menurut Ketua Kemanusiaan PBB, Mark Lowcock, beliau melihat beberapa kawasan di negara itu memerlukan bantuan ketika kunjungan pertamanya ke Korea Utara sejak 2011. “Lebih separuh daripada kanak-kanak di kawasan luar bandar, termasuk beberapa tempat yang kami telah kunjungi, tidak mempunyai bekalan air bersih,” katanya. Tambah Lowcock, kira-kira 20 peratus kanak-kanak di Korea Utara mengalami masalah kebuluran. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya