KUALA LUMPUR 25 Julai – Westports Holdings Bhd. mencatatkan keuntungan bersih bernilai RM121.81 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun lalu, lebih rendah berbanding RM148.82 juta tempoh sama tahun sebelumnya. Pengarah Urusan Kumpulan Westport, Datuk Ruben Emir Gnanalingam (gambar) berkata, industri perkapalan berdepan cabaran pada tahun sebelumnya terutama dengan pembentukan pakatan global serta penggabungan dan pengambilalihan dalam kalangan pemain industri. “Perubahan ini telah menjejaskan jumlah penghantaran Westports, tetapi kami berjaya…










