Warga Gaza menderita - Utusan Malaysia

Warga Gaza menderita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR GAZA 18 Julai – Pertubuhan Bangsa-Bang­sa Bersatu (PBB) menyatakan sekatan baharu yang dikenakan oleh Israel terhadap Gaza menyebabkan penduduk Palestin berdepan de­ngan keadaan kehidupan yang semakin buruk.

Koordinator Kemanusian di Pa­lestin berkata, beliau memandang berat terhadap cadangan sekatan di Kerem Shalom, yang merupakan nadi penduduk Gaza.

Lapor Press TV, beliau turut menambah, sekiranya sekatan berterusan, ia akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.

“Kita tidak jauh daripada keadaan yang membolehkan berlakunya bencana yang buruk dengan kesan yang menyeluruh bukan hanya terhadap Palestin di Gaza tetapi juga di rantau ini,

“Setiap orang yang berke­upayaan untuk menambah baik keadaan harus mengambil langkah yang sepatutnya, mengelak daripada ia merebak lagi dan juga mengurangkan penderi­taan rakyat Palestin di Gaza,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Menteri Hal Ehwal ketenteraan Israel mengumumkan dalam satu kenya­taan bahawa Avigdor Lieberman memutuskan menghentikan pemindahan bahan api ke Gaza dari Selasa hingga Ahad.

Kenyataan itu menyata­kan bahawa Israel juga me­ngurangkan kawasan di mana nelayan Gaza dibenarkan memancing, dari enam batu nautika kepada tiga nautika.

Pada 9 Julai lalu, Israel me­ngenakan sekatan terhadap Gaza dalam apa yang digambarkan sebagai tindakan yang keras terhadap Hamas.

Rejim itu menutup persimpangan Kerem Shalom, saluran utama Gaza untuk perdagangan seperti kebanyakan barangan, kecuali bahan bakar, makanan dan ubat.

Pelbagai kumpulan hak, se­perti Pusat Gerakan Kebebasan dan Undang-undang serta Pusat Palestin bagi Hak Asasi Manusia, turut menyertai PBB dalam mengutuk langkah Israel itu.

Penutupan itu juga menerima kutukan daripada Gerakan Ketahanan Hamas Palestin dengan jurucakapnya, Fawzi Barhoum menyifatkannya sebagai ‘jenayah kemanusiaan’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN