PETALING JAYA – Seorang wanita warga Jepun ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat 20 sebuah kondominium di Tropicana Garden di sini malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 malam itu, mayat mangsa, Kazuko Otsuka (gambar kecil), 62, ditemui di dalam sebuah kolam renang berhampiran kondominium berkenaan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu selepas dimaklumkan seorang wanita…










