Wanita mabuk rempuh empat lelaki hingga maut didakwa - Utusan Malaysia

Wanita mabuk rempuh empat lelaki hingga maut didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Seorang wanita hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau bagi pertuduhan mengakibatkan kematian empat lelaki dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan maut pada Ahad lepas.

Tertuduh, Olivia Chong Oi Yun, 34, dituduh melakukan kesalahan itu pada kira-kira pukul 1.20 pagi 8 Julai 2018 di Jalan Chong Thien Vun hadapan Pusat Komersil BDC (1 Arena) ketika memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol yang banyak dalam badan sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah.

Kesemua yang maut ialah Hiew Nyuk Wei, 30, Clawence Wong Vui Kit, 21, Dicson Lim Kien Shing, 16 dan Chung Vui Chan, 21, manakala yang cedera parah ialah Ching Guan Xiong, 21.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia lengkap tertuduh serta kesemua mangsa. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×