Wang RM470 juta biayai Barisan Nasional, tiada kaitan 1MDB - Utusan Malaysia

Wang RM470 juta biayai Barisan Nasional, tiada kaitan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa wang sebanyak RM470 juta daripada akaun peribadinya yang digunakan untuk membiayai Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana masih dalam siasatan.

“Perkara itu masih dalam siasatan, malah tidak boleh didakwa sebagai dana 1MDB. Sumber dana itu harus dijelaskan, jadi, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka kerana kami tidak mahu mengganggu hasil siasatan.

“Wang itu bukannya daripada 1MDB kerana saya sedar. Ketika mengeluarkan cek, saya amat pasti ia bukan daripada 1MDB. Saya tidak akan mengeluarkan cek tersebut jika wang itu datang daripada 1MDB,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, portal Malaysiakini mendakwa beberapa parti komponen BN menerima dana daripada akaun Najib menerusi 102 transaksi bernilai RM470 juta antara April 2012 sehingga Ogos 2013, yang mana wang itu dikatakan kononnya diseleweng daripada 1MDB.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu dikejutkan dengan satu majlis ringkas sambutan ­ulang tahun kelahiran ke-65 beliau di bangunan Parlimen hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh sebuah syarikat produksi tempatan Metamorphosis Global Studio Sdn. Bhd. itu turut dihadiri oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa ahli Parlimen BN.

Dalam majlis tersebut, syarikat produksi itu turut menghadiahkan sebuah lagu bertajuk Thank You Sir sebagai penghargaan kepada bekas Perdana Menteri tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN