[VIDEO] Polis berkas ketua sindiket pengedar dadah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis berkas ketua sindiket pengedar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Seorang ketua sindiket dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menye­rahkan bekalan dadah di sebuah pasar raya besar sekitar Ampang dekat sini antara yang ditahan bersama sembilan individu lain dalam satu serbuan semalam.


Video oleh IZZATIE KAMARUZAMAN

Dalam serbuan kira-kira pukul 7.45 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Kawalan Dadah Negara China (NNCC) itu menemukan sebanyak 156 kilogram dadah jenis syabu.

Dadah bernilai RM7.8 juta itu disembunyikan dalam bungkusan teh Cina serta disimpan dalam sebuah kereta pancuan empat roda jenis Toyota Hilux di kawasan meletak kenderaan pasar raya berkenaan.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, penahanan dalang tersebut membawa tangkapan sembilan lagi ahli sindiket termasuk seorang anggota polis bantuan yang berusia antara 25 hingga 46 tahun di Lembah Klang.

Menurutnya, kesemua suspek merupakan warga tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah dalam serta luar negara.

“Hasil siasatan mendapati sumber dadah tersebut dari Myan­mar yang diseludup masuk dari negara jiran melalui Kelantan untuk dibekalkan ke China serta Indonesia.

“Siasatan lanjut mendapati jumlah rampasan itu mampu dibekalkan kepada sebanyak 178,000 penagih. Kita tidak menolak kemungkinan negara ini dijadikan transit sementara sebelum dadah tersebut dihantar ke negara ketiga,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohmad, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas dua buah kenderaan jenis Toyota Alphard dan Mercedes-Benz CLS 350; barang kemas; jam tangan dan pelbagai mata wang asing.

“Hasil ujian air kencing mendapati dalang sindiket berusia 46 tahun itu positif dadah jenis methap­hetamine dan kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah.

“Kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga 28 Julai ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN