[VIDEO] Macau Scam: 4 lelaki warga Taiwan ditahan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Macau Scam: 4 lelaki warga Taiwan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai- Polis menahan empat lelaki warga Taiwan dipercayai terlibat dengan penipuan Macau Scam dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Jalan Kuchai Lama di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek berusia 27 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. 

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas 56 keping kad mesin juruwang automatik (ATM), 15 telefon bimbit, satu modem Maxis, sebuah komputer riba dan enam keping kad sim. 

“Tangkapan ini berkait dengan satu laporan dibuat seorang wanita berusia 47 tahun pada 16 Januari lalu yang mengalami kerugian RM10,500 selepas menerima satu panggilan palsu kononnya daripada pegawai kastam, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK) di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN