[VIDEO] Lagi sindiket dadah di P. Pinang tumpas, syabu RM15.3 juta dirampas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lagi sindiket dadah di P. Pinang tumpas, syabu RM15.3 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 8 Julai – Satu lagi sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah membabitkan nilai puluhan juta berjaya ditumpaskan polis negeri ini kelmarin.

Dalam serbuan terbaharu di empat lokasi berbeza di negeri ini dan Kedah, polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 306 kilogram dengan nilai kira-kira RM15.3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, turut ditahan dalam operasi bermula pukul 2 petang hingga 9 malam itu ialah seramai enam individu berusia 19 hingga 37 tahun termasuk seorang wanita 30 tahun.

“Dadah berkenaan yang dibungkus di dalam bungkusan teh Cina dipercayai untuk dipasarkan di negeri ini dan negara jiran.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 38B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis kontijen negeri di sini pagi ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN