KEMAMAN 5 Julai – Dua buah tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company di kawasan Perindustrian Teluk Kalong, dekat sini, terbakar petang tadi. Video oleh EZZUAN AHMAD Kebakaran kira-kira pukul 6.15 petang itu menyebabkan persekitaran kawasan terbabit diselubungi asap hitam yang tebal dan menjulang tinggi. Menurut sumber, tangki besar yang terbakar itu mampu mengisi kira-kira 300,000 liter minyak mentah. Ketika kebakaran difahamkan setiap satu tangki terbabit hanya mengandungi kira-kira…










