PUTRAJAYA 13 Julai – Tempoh reman bekas pegawai khas kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambung selama dua hari lagi. Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga Ahad ini. Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10.50 pagi dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari. Suspek sebelum ini direman sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan…










