KUALA TERENGGANU 21 Julai – Bazar Kahwin Pantai Timur 2018, suatu karnival perkahwinan Melayu terbesar seumpamaya di negeri ini menarik lebih 10,000 pengunjung. Program selama tiga hari itu yang berlangsung di Taman Tamadun Islam di sini dengan penglibatan 70 vendor perkahwinan, berakhir hari ini. Berkonsepkan pusat sehenti, ia memudahkan bakal pengantin mendapatkan pelbagai keperluan mereka bagi mengatur perancangan dan persiapan menempuh detik bersejarah, melangkah ke alam kehidupan baharu. Pengurus program,…










