[VIDEO] 17 dicekup bantu siasatan kes mayat ditahan sebahagian badan - Utusan Malaysia

[VIDEO] 17 dicekup bantu siasatan kes mayat ditahan sebahagian badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Julai – Polis menahan seramai 17 individu berhubung penemuan mayat seorang lelaki berusia 17 tahun yang ditemukan tertanam sebahagian badan di kebun durian di Bandar Baru Kangkar Pulai, di sini pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, kesemua suspek ditahan sepanjang tempoh operasi bermula 7 Julai hingga semalam.

Katanya, suspek yang ditahan berusia antara 15 hingga 40 tahun, iaitu 11 lelaki dan enam wanita.

“Siasatan awal dipercayai melibatkan rasa tidak puas hati antara mangsa dan suspek berkaitan penjualan dadah.

“Kesemua suspek merupakan pengedar dadah di sekitar bandar raya ini dan dipercayai telah bergiat aktif dalam tempoh sebulan lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN