KUALA LUMPUR – Datuk Seri Vida tidak melihat hadiah sebuah kereta Mercedes-Benz CLS yang diberikan kepada anak perempuannya, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, sempena hari jadi yang ke-13 sebagai suatu yang keterlaluan.
Sebaliknya, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 46, berkata, beliau memang berniat memberikan hadiah kereta selepas anaknya itu meminta kereta jenis Mustang beberapa bulan lalu.
“Sebenarnya, Cik B mahukan sebuah kereta Mustang sempena hari jadinya yang jatuh pada 19 Mei lalu. Namun, saya hanya belikan dia Mercedes buat masa ini.
“Pada pendapat saya, tidak salah untuk saya belikan dia kereta memandangkan saya ibunya dan berkemampuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.










