KUALA LUMPUR 13 Julai – Wartawan, Jurugambar dan Kartunis Utusan Malaysia berjaya memenangani tiga kategori berbeza Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2017 dalam majlis Malam Wartawan Malaysia 2018, yang diadakan di sini malam ini.

Antara mereka yang menang ialah Kartunis, Norkamaro Mohd. Noor yang memenangi Kategori Kartun Editorial Terbaik untuk membawa pulang hadiah wang RM10,000 beserta sijil dan trofi.
Jurugambar, Irwan Majid memenangi Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang untuk membawa pulang hadiah wang RM10,000 beserta sijil dan trofi.

Sementara itu, Ketua Meja Sains dan Teknologi Utusan Malaysia, Laupa Junus menjadi pemenang bersama Kategori Penulisan Rencana Cemerlang dengan hadiah wang bernilai RM5,000 beserta sijil dan trofi. – UTUSAN ONLINE










