IPOH 13 Julai – Pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias akan bertemu Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu bagi membincangkan masalah kewangan yang dihadapi Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya minggu hadapan. Beliau berkata, pihaknya sedang menanti waktu yang sesuai berikutan Ahmad Faizal kini berada di Kuala Lumpur mengiringi Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Mesyuarat Ke-249 Majlis Raja-Raja. Katanya, kekangan masa Menteri Besar selain beliau turut sibuk dengan ceramah…










