KUALA LUMPUR – UMNO akan memulakan proses undang-undang bagi membuat tuntutan dana politik berjumlah kira-kira RM116.7 juta milik parti itu yang disita oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata, pasukan peguam Ibu Pejabat UMNO sedang meneliti segala isu perundangan berkaitan dengan tuntutan berkenaan.
“Pasukan peguam sedang mempertimbangkan antara lain membabitkan prosedur, kaedah dan cadangan tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh UMNO terhadap pihak berkaitan dalam menuntut dana politik atau wang tersebut.
“Pasukan peguam Ibu Pejabat UMNO juga akan membuat permohonan yang sewajarnya kepada agensi penguatkuasaan yang terlibat khususnya PDRM untuk mendapat dan membekalkan maklumat berkaitan untuk tindakan pihak kami selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.











