PERSATUAN Bola Sepak Jajahan (PBJ) perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi merudum skuad The Red Warriors (TRW) musim ini hingga menyebabkan pasukan itu tersingkir ke Liga Premier musim depan susulan kesilapan memilih peneraju Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada kongres badan induk itu tahun lalu. Setiausaha Agung The Red Warriors City Club (TRWCC), Umar Kamaruddin menegaskan, pemilihan usahawan batik, Bibi Ramjani Ilias Khan untuk mengemudi KAFA telah membawa ‘malapetaka’ cukup besar…










